Sosioekomoni Dan Keusahawanan
Pemilik Diza Ann Salon
Beliau komuniti setempat di Ppr Taman Sri Wangi satu-satunya telah membuka Salon Kecantikan Muslimah. Salon ini telah beroperasi daripada tahun 2012 lagi dan beliau juga menjual set tidur bayi sehingga dewasa. Untuk sebarang tempahan, sila hubungi 016-8943965 dan media sosial muka buku Dizaene Enterprise.
Simanggang Kupiteh
Nur Nabilah Binti Wazir merupakan seorang pelajar Master di UNIMAS, Sarawak. Sebelum beliau menyambung pelajaran dalam bidang Master, beliau telah memulakan perniagaan di kampung halaman beliau di Sri Aman Sarawak iaitu "Simanggang Kupiteh".
Selama beliau menjadi ahli PI beliau telah sedikit sebanyak mempelajari pelbagai tips terutamanya dalam packaging untuk menarik minat pelanggan kepada produk minuman keluarannya. Atas permintaan pelanggan, beliau telah membuka cawangan perniagaan "Simanggang Kupiteh" beliau di Bintulu dan Kuching.
Sisterbaked
Sharina Binti Hapeni merupakan seorang pelajar Ijazah sarjana muda di UITM Sarawak. Oleh kerana minat beliau dalam pembuatan kek, beliau telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan iaitu brownies untuk menampung kehidupan beliau sebagai seorang pelajar.
Pihak PI juga telah membantu beliau dalam memberikan idea dan tips memulakan perniagaan secara bijak sebagai panduan beliau untuk memulakan apa-apa perniagaan di masa yang akan datang.
Homemade Cake and Biscuit
Azean Binti Abu Malek merupakan pelajar lepasan STAM di mana beliau telah menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan iaitu tempahan kek dan biskut untuk perayaan serta menceburkan diri dalam bidang "Dropship" sebagai platform beliau untuk mempelajari bidang perniagaan. Pihak PI juga telah membantu beliau dalam kelas keusahawanan yang dianjurkan bagi membantu beliau untuk mendalami bidang perniagaan secara bijak.
Sharifah Handycraft (Aksesori Wanita & Barang kraftangan Sarawak)
Puan Sharifah Rosni binti Wan Saimi memulakan perniagaan dalam seni kraftangan pada tahun 2008 secara kecil-kecilan. Setelah beberapa tahun menceburi bidang seni kraftangan ini, perniagaan beliau telah mendapat pelbagai pengiktirafan dan penghargaan dari Malaysia sehinggala ke luar negara. Beliau mempromosikan produk beliau hanya melalui pameran jualan dan flyers yang diedarkan ke serata tempat.
Selepas penggunaan ICT dalam perniagaan, beliau mendapat pulangan yang tinggi dalam keuntungan malah pelanggan juga tidak kurang ramai sehingga beliau telah menawarkan latihan industry jangka pendek bagi sesiapa yang berminat dalam seni kraftangan. PI akan sentiasa membantu beliau dalam menyediakan fasiliti seperti bilik training untuk beliau berkongsi pengetahuan serta menganjurkan kelas atau bengkel kepada para usahawan lain yang mula menjinakkan diri dalam industri kraftangan. Pihak PI juga akan membantu beliau dalam mempromosikan perniagaaan beliau dengan menggunakan Facebook Page. Beliau kini mempunyai pelanggan tetap dalam pembelian produk jualan dan juga sering mendapat maklumbalas positif tentang produk daripada pelanggan beliau.
Spa Salun Muslimah by Nurhasyimah Balqis
Mula menjinakkan diri dalam perniagaan spa seawal tahun 2001 secara sambilan dan mula menggiatkan diri dalam perniagaan persendirian spa salun muslimah pada tahun 2005. Pada awal permulaan perniagaan beliau hanya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah beliau di mana hanya mempromosikan perniagaan beliau melalui flyers dan poster di sekitar Kuching.
Tetapi selepas mempelajari sedikit sebanyak ilmu perniagaan mengunakan pengetahuan ICT beliau telah berjaya menjadikan perniagaan beliau berkembang pesat sejajar dengan apa yang beliau telah impikan. PI banyak membantu beliau di mana telah memberi peluang kepada beliau untuk menggunakan fasiliti PI bagi kelas yang beliau anjurkan seperti kelas Account, kelas rancangan perniagaan dan lain-lain. Beliau kini mempunyai pelanggan tetap dan perniagaan kini dikenali ramai menerusi akaun Facebook page dan Instagram. Beliau juga bercadang akan menjadikan perniagaan beliau secara digital iaitu pembelian produk secara online melalui laman sesawang.
Kids Therapy Perfume
Ahmad Zulfadzli bin Khamidi adalah antara usahawan termuda di mana di usianya yang baru sahaja 13 tahun sudah mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan. Atas dorongan ibu beliau Puah Nurhasyimah binti Ahmad Merican iaitu pengusaha Spa Salun Kecantikan Muslimah, adik Zulfadzli nampaknya sudah diberi tunjuk ajar sejak kecil lagi dalam membantu ibunya mengusahakan perniagaan.
Atas minat beliau dalam bidang perniagaan, beliau telah mengeluarkan satu produk yang belum dikeluarkan oleh peniaga seumur beliau iaitu Kids Therapy Perfume di mana wangian khas untuk golongan kanak-kanak.