Kisah Kejayaan
Kisah Kejayaan Zubir Bin Bujang ( Peniaga Online – Cendaramata Penerbangan)
Bermula pada awal tahun 2017 dengan menjalankan perniagaan menjual cenderamata penerbangan secara online. Perniagaan yang dijalankan hanya menggunakan page di Facebook di mana kurangnya idea untuk mempromosikan produk jualan. Facebook kurang mendapat sambutan kerana kurang mengemaskini maklumat tentang produk perniagaan di mana kurang idea bagaimana hendak mempromosikan produk jualan.
Selepas penglibatan PI, perniagaaan yang dijalankan mendapat sambutan dari pelanggan di mana ramai pelanggan memberikan maklumbalas yang positif dengan testimonial bersama produk. Usahawan kembali aktif menggunakan Facebook sebagai platform utama mempromosikan produk perniagaan beliau dan membuka akaun Instagram sebagai platform lain dalam usaha mempromosikan produk.
Di antara platform media yang digunakan :
- Fb : De Amour's Golden Temptation Boutique
- Insta : Jeedeamour1205
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Kisah Kejayaan Siti Aisya Binti Anong Adini – Guru Menjahit / Pereka Fesyen Pengantin dan Pengajar Website E-commerce
Bermula pada awal tahun 2011 dengan menjalankan perniagaan menjahit baju dan mereka pakaian pengantin untuk dijual dan disewa.
Perniagaan yang dijalankan hanya dijalankan di rumah, kedai dan menggunakan page di Facebook di mana kurangnya idea untuk mempromosikan produk jualan. Facebook kurang mendapat sambutan kerana kurang mengemaskini maklumat tentang produk perniagaan di mana kurang idea bagaimana hendak mempromosikan produk jualan.
Selepas penglibatan PI, perniagaaan yang dijalankan mendapat sambutan dari pelanggan di mana ramai pelanggan memberikan maklumbalas yang positif dengan testimonial bersama hasil produk. Usahawan kembali aktif menggunakan Facebook sebagai platform utama mempromosikan produk perniagaan beliau dan membuka akaun Instagram sebagai platform lain dalam usaha mempromosikan produk.
PI banyak membantu beliau di mana telah memberi peluang kepada beliau untuk menggunakan fasiliti PI bagi kelas yang beliau anjurkan seperti kelas Website E-commerce dan lain-lain. Beliau kini mempunyai pelanggan tetap dan perniagaan kini dikenali ramai menerusi akaun Facebook page dan Instagram.
Di antara platform media yang digunakan :
Fb : Sewa/Jual Baju Pengantin Kuching Sarawak
Insta : Sewa/Jual Baju Pengantin Kuching Sarawak
Kedai : Rafa Couture Boutique
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Kisah Kejayaan Azean Binti Abu Malek- Cheese Tart Homemade
Bermula pada awal tahun 2016 dengan menjalankan perniagaan tempahan kek dan biskut untuk perayaan secara kecil-kecilan selepas tamat pengajian STAM. Kini menjalankan perniagaan Azean Cheese Tart Homemade di sekitar Kota Samarahan.
Sebelum penglibatan PI, perniagaan hanya dijalankan secara persendirian dengan jiran tetangga dan penduduk setempat.
Pihak PI memberi sokongan dan dorongan kepada beliau dalam mengembangkan lagi perniagaan beliau iaitu menggunakan platform Facebook Page untuk memasarkan produk beliau.
Beliau pernah mengikuti kelas e-commerce anjuran PI di mana telah mendedahkan tips untuk memasarkan produk secara digital.
Pihak PI akan sentiasa memberi peluang kepada beliau dalam berkongsi kemahiran pemasaran digital dan juga memberi peluang kepada beliau untuk menjadi tenaga pengajar di PI bagi membantu komuniti lain dalam mengembangkan idea pemasaran secara digital.
Di antara platform media yang digunakan :
Fb : Cheese Tart Homemade / Azean Abu Malek
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Kisah Kejayaan Budiwahti Binti Mat- Dropship online Business with STGMA
Beliau merupakan Senior Sale Manager yang menjalankan perniagaan online beberapa produk tempatan. Antara produk yang beliau pasarkan ialah Ezigrow, Cozuma Skincare, Bio-Ever Plus dan Min Kaffe.
Sebelum penglibatan PI, beliau hanya menjalankan perniagaan online di rumah sahaja. Tempat untuk perbincangan bisnes online sesame agent adalah terhad kerana tidak mendapatkan tempat yang sesuai dan memiliki capaian internet.
Selepas menjadi ahli di PI PPR Taman Sri Wangi, beliau sering berkunjung ke PI PPR Taman Sri Wangi atas urusan perniagaan beliau. Beliau juga menggunakan fasiliti PI dengan sebaik mungkin dengan mengadakan Kelas Perniagaan Online Digital bersama agent yang lain.
Menghadiri kursus asas keusahawanan dan kursus ICT. PI juga akan memberi peluang kepada beliau dalam memberi pendedahan kepada komuniti tentang penggunaan Adobe Photoshop dan juga memberi dorongan kepada beliau dalam mengembangkan lagi perniagaan beliau.
Di antara platform media yang digunakan :
Fb : Budiwahti Bin Mat
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Kisah Kejayaan Nurulainiza Binti Narawi- Hanieyza Beauty Spa and Massage
Beliau merupakan pelajar GiatMara sesi Januari 2018 yang mengambil kursus terapi kecantikan selama 6 bulan.
Sebelum penglibatan ICT, beliau kurang mengetahui tips dalam pembuatan iklan berbentuk graphic dan juga langkah dalam memasarkan produk secara digital.
Selepas menjadi ahli di PI PPR Taman Sri Wangi dan mengikuti beberapa kelas keusahawan beliau kini mahir dalam memasarkan produk secara digital dan membuat iklan graphic menggunakan aplikasi komputer.
Menggalakkan beliau untuk mengikuti beberapa kelas anjuran pihak PI sama ada dalam keusahawanan ataupun ICT. Ini bagi membantu beliau dalam perniagaan beliau
Di antara platform media yang digunakan :
Fb : Nurul Ainiza