Taklimat Klik Dengan Bijak – Kesedaran Buli Siber
19 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 18 Februari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan satu sesi taklimat Klik Dengan Bijak – Kesedaran Buli Siber kepada beberapa pelajar di kawasan komuniti setempat PPR Taman Sri Wangi, sesi ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang bahaya Buli Siber di kalangan remaja sekarang terutamanya ketika menggunakan peranti digital. Sesi ini juga penting untuk memberi kesedaran kepada mereka tentang keburukan buli siber kepada mereka yg dibuli dan juga kesan kepada pembuli itu sendiri jika keadaan ini berterusan. Sesi ini telah diadakan selama 1 jam dari pukul 2:30 petang hingga 3:30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: