Kelas Individu – Capturing and Editing Picture

6 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 5 April 2022, staf Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan satu kelas secara individu iaitu capturing and editing picture. Seorang peserta terlibat dengan kelas ini untuk mempelajari cara-cara yang betul dalam teknik pengambilan sesuatu gambar dan bagaimana teknik yang tepat digunakan untuk menghasilkan produk akhir yang memuaskan dan cantik. Setelah itu, peserta didedahkan dengan cara penyuntingan yang betul untuk mendapatkan gambar yang lebih menarik, jelas dan terserlah. Langkah demi langkah diajarkan termasuk cara-cara memasukkan teks ke dalam sesuatu gambar dan pemilihan jenis fon yang sesuai untuk digunakan bersama gmbar yang disunting. Aktiviti telah berlangsung selama 1 jam pukul 9.30 pagi hingga 10.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali