Kelas Bimbingan Individu – Kelas Asas Canva
20 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 19 Mei 2022, staf Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan satu kelas secara individu iaitu Kelas Asas Canva. Seorang peserta terlibat dengan kelas ini untuk mempelajari cara-cara yang betul untuk menghasilkan senarai menu makanan menggunakan aplikasi canva untuk perniagaan aiskrim beliau. Kelas dimulakan dengan pengenalan kepada aplikasi Canva disebabkan peserta masih dalam fasa permulaan menggunakan aplikasi tersebut. Seterusnya peserta dikenalkan dengan pelbagai templates yang ada di dalam aplikasi tersebut dan menggunakan template tersebut untuk menghasilkan senarai menu beliau. Kelas telah berlangsung selama 1 jam pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: