Gotong-royong bersama Kejiranan dan KRT Flat Sri Wangi

3 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 2 April 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan aktiviti gotong-royong bersama Kejiranan dan KRT Flat Sri Wangi. Setiap kejiranan daripada semua blok-blok Flat Sri Wangi dikehendaki untuk sama-sama bekumpul di hadapan Blok E untuk pengagihan tugas masing-masing. Setiap Blok diketuai oleh seorang Ketua Blok. Taklimat diadakan oleh Pengerusi KRT, Encik Padir Bin Mohamad untuk pengagihan tugas dan Kawasan blok yang perlu dibersihkan. Program berakhir dengan jamuan ringan di bilik Mesyuarat KRT di Blok E. Aktiviti telah berlangsung selama 4 jam pukul 7.30 pagi hingga 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali