Kelas Asas Shopee

1 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Julai 2022, staf Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan satu kelas Asas Shopee kepada komuniti di Kawasan sekitar Flat PPR Taman Sri Wangi. Kelas ini dimulakan dengan sesi Ice Breaking bersama peserta-peserta yang hadir untuk mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan yang dijalankan mereka sebelum memulakan sesi pembelajaran. Sesi seterusnya diteruskan dengan pengenalan kepada platform Shopee dan bagaimana kegunaan shopee sebagai platform perniagaan memberi manfaat yang tinggi kepada peniaga-peniaga. Seterusnya, kelas diteruskan dengan langkah demi langkah untuk membuka kedai Shopee dan bagaimana untuk meletakkan produk jualan mereka ke dalam kedai yang mereka daftarkan. Kelas telah berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali