Kelas Asas Shopee
30 Janauri 2022 | Aktiviti TerkiniPada 29 Januari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan Kelas Asas Shopee untuk komuniti setempat yang terdiri daripada usahawan kecil sederhana. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang kelebihan platform e-Dagang seperti shopee sebagai satu platform terbaik untuk mereka mengembangkan lagi perniagaan mereka. Kelas ini merangkumi pengenalan kepada platform shopee, cara-cara membina kedai atau mendaftar kedai di shopee mengikut langkah-langkah yang betul dan juga cara-cara untuk memuat naik produk mereka ke dalam kedai shopee. Selain itu, mereka juga diberi tunjuk ajar tentang bagaimana untuk mengendalikan pesanan ketika mendapat pelanggan di kedai shopee dan juga cara mengendalikan penghantaran mengikut kurier yang berkaitan. Sesi ini telah diadakan selama 2 jam dari pukul 10.00 pagi sehingga jam 12 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: