Sesi Pengenalan PEDi dan Advokasi

24 Janauri 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Januari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan Sesi Pengenalan PEDi dan Advokasi kepada kemuniti setempat di Kawasan Flat PPR Taman Sri Wangi. Sesi ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat tentang pertukaran nama Pusat Internet Komuniti kepada Pusat Ekonomi Digital (PEDi) kepada mereka dan misi utama PEDi terhadap penduduk setempat yang berdekatan. Selain itu, peserta juga diberi pendedahan tentang sedikit peraturan dan SOP ketika berada di dalam PEDi dan semasa menjalankan sebarang aktiviti di dalam PEDi. Sesi ini telah diadakan selama 1 jam dari pukul 2.00 petang sehingga 3.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali