Program Bersama Komuniti: Membina Signboard KRT Flat Sri Wangi, Senamrobik dan Sukaneka 2022 Anjuran KRT Flat Sri Wangi

28 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Mac 2022, KRT Flat Sri Wangi dengan Kerjasama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan satu Program bersama komuniti, Membina Signboard KRT Flat Sri Wangi, Senamrobik dan Sukaneka 2022 Anjuran KRT Flat Sri Wangi. Seramai lebih kurang 40 komuniti yang terlibat dengan aktiviti ini dan aktiviti dimulakan dengan acara senamrobik yang diketuai oleh tiga orang tenaga pengajar dan diteruskan dengan aktiviti sukaneka untuk golongan kanak-kanak dan akhir sekali adalah acara simbolik meletakkan papan tanda KRT Flat Sri Wangi yang telah dilaksanakan oleh wakil dari pihak Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Kuching, Sarawak. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan jamuan ringan. Aktiviti seperti ini memberi peluang dan ruang untuk staff PEDi PPR Taman Sri Wangi untuk menjalinkan hubungan baik dengan komuniti terdekat terutamanya kawasan kejiranan Flat Sri Wangi. Program bersama komuniti seperti ini memberi sangat penting untuk mengeratkan silaturrahim sekaligus memberi galakkan kepada komuniti setempat untuk sama-sama berkerjasam dengan Pihak PEDi untuk sebarang aktiviti yang bakal diadakan di masa akan datang. Program ini telah berlangsung selama 2 jam dari pukul 7.15 pagi sehingga 9.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali