Entrepreneur Coaching Session with Certified Trainer

22 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Julai 2022, Coach Wan Najib Wan Hamdan dengan kerjasama staf Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan satu sesi coaching bersama dua orang usahawan komuniti PEDi PPR Taman Sri Wangi. Sesi ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tanggungjawab usahawan mengurus dan menjalankan perniagaan. Coach Wan Najib memberi penerangan secara terperinci kepada peserta supaya peserta jelas tentang cara yang betul untuk menentukan objektif perniagaan yang hendak dicapai, merancang hala tuju perniagaan mereka sekaligus merancang strategi pemasaran yang lebih efisien dan efektif untuk kemajuan perniagaan mereka di masa hadapan. Sesi ini telah berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 9.00 pagi dan tamat pada pukul 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali