Seminar Pengurusan Kewangan yang Bijak
19 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada 18 Jun 2022, Consultant QBEB, Encik Ismail Bin Ahmad, dengan kerjasama PEDi PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan satu seminar ringkas untuk berkongci cara menguruskan kewangan dengan lebih baik dan sekaligus membincangkan kebaikan menyimpan emas untuk menyelamatkan belanja daripada hangus. Sebagai seorang usahawan yang sudah lama dalam bidang perniagaan, Encik Ismail membantu usahawan-usahawan lain untuk sama-sama mempelajari cara terbaik untuk menguruskan kewangan dengan lebih bijak, efektif dan efisien. Seminar ini telah berlangsung selama 3 jam bermula pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: