Kelas Keusahawanan Digital (e-Usahawan MDEC)

10 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Jun 2022, Coach Mohd Noorhisham Abdullah wakil tenaga pengajar daripada MDEC dengan Kerjasama staf Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan satu kursus keusahawanan digital (e-usahawan MDEC) yang dihadiri seramai 14 orang peserta daripada kawasan Kuching, Sarawak. Kursus ini memberi penekanan tentang beberapa platform digital yang penting seperti Facebook, Instagram dan juga Google MyBusiness untuk membantu usahawan mendigitalkan perniagaan mereka di atas platform tersebut dan membantu mereka untuk membuat strategi pemasaran yang terbaik untuk meningkatkan jualan perniagaan mereka. Kelas telah berlangsung selama satu hari bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali