Kelas Bimbingan ICT Individu – Penulisan Laporan
9 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada 8 Jun 2022, staf Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan satu kelas secara individu iaitu Kelas Penulisan Laporan menggunakan Microsoft Word. Seorang peserta terlibat dengan kelas ini untuk mempelajari cara-cara yang betul untuk menghasilkan satu laporan mengikut format yang telah ditetapkan. Seterusnya peserta dikenalkan dengan pelbagai cara mudah seperti table of contents dan juga navigation pane sebagai panduan mudah untuk beliau mengemaskini laporan tersebut dari semasa ke semasa. Kelas telah berlangsung selama 1 jam pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: