Kelas ICT Individu – Converting Documents

21 Janauri 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Januari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan Kelas ICT Individu – Converting Document. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cara menukar format sesuatu dokumen kepada satu format yang lain serta memberi kemudahan kepada mereka untuk menukar dokumen yang diperlukan dengan lebih mudah dan pantas. Peserta merupakan seorang pelajar sekolah dan memerlukan kemahiran ini untuk memudahkan mereka menghantar jenis dokumen mengikut kehendak Guru mereka. Sesi ini telah diadakan selama 1 jam dari pukul 9:00 pagi hingga 10:00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali