Kelas ICT Individu – Basic Microsoft Word
15 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 14 Julai 2022, staf Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan satu kelas secara individu iaitu Kelas Asas menggunakan Microsoft Word. Dua orang pelajar terlibat dengan kelas ini untuk mempelajari cara-cara asas menggunakan Microsoft Word. Pelajar-pelajar tersebut telah mempelajari cara menyusun gambar menggunakan Microsoft Word dan cara-cara yang betul untuk membuat penyuntingan gambar-gambar tersebut mengikut keperluan mereka. Kelas telah berlangsung selama 1 jam pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: