Program Agihan Bubur Lambok anjuran bersama Krt Flat Sri Wangi
11 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 10 April 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Sri Wangi dengan kerjasama KRT Flat Sri Wangi telah mengadakan satu program iaitu program agihan bubur lambok sempena menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak untuk komuniti di Flat PPR Taman Sri Wangi dengan kehadiran pihak pengurusan Flat iaitu wakil dari pihak Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Kuching, Sarawak. Pengagihan bermula pada jam 4.30 petang dan berakhir sebelum iftar bermula. Program berakhir dengan sesi fotografi dan juga diteruskan dengan program berbuka puasa bersama KRT Flat Sri Wangi. Program telah berlangsung selama 2 jam dari pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: