Kelas ICT Individu – Multimedia
12 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 11 Februari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan Kelas ICT Individu – Multimedia atas permintaan peserta. Kelas ini bertujuan untuk membantu peserta menggunakan Microsoft Excel untuk membantu beliau membuat laporan kewangan beliau. Dengan Microsoft Excel peserta boleh menggunakan setiap ciri yang terdapat dalam Microsoft Excel dan setiap data kewangan dapat di kira menggunakan rumus yang sedia ada di dalam Microsoft Excel. Ini memudahkan mereka untuk membuat kiraan dan rekod untuk setiap perbelanjaan. Sesi ini telah diadakan selama 1 jam dari pukul 2:30 petang hingga 3:30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: