Kelas Bimbingan Individu – Education Application
10 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 9 April 2022, staf Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan satu kelas secara individu iaitu Education Application. Seorang peserta terlibat dengan kelas ini untuk mempelajari cara-cara yang betul untuk membuat permohonan sambung belajar contohnya seperti di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah program Matrikulasi, laman web SPA dan juga laman web Unit Pusat Institusi Mara (USIM). Peserta dibantu untuk mengemaskini segala maklumat penting di dalam laman web tersebut dan juga diajar untuk memuat naik sebarang dokumen penting yang diminta untuk dimuatnaik ke dalam sistem tersebut. Aktiviti telah berlangsung selama 1 jam pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: