Kelas Bimbingan ICT Individu – Online Banking Registration
10 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 9 Mac 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan Kelas Bimbingan ICT Individu – Online Banking Registration. Seorang peserta terlibat secara individu untuk belajar cara mendaftar untuk tujuan perbankan. Beliau meminta bantuan pihak Staf PEDi untuk mengajar beliau cara mendaftar perbankan secara atas talian mengikut langkah-langkah yang betul dan segala maklumat yang perlu dimasukkan ke dalam pendaftaran tersebut. Kelas ini membantu peserta untuk menguasai kemahiran menggunakan website untuk membuat pendaftaran perbankan dengan lebih terperinci untuk memudahkan beliau untuk membuat sebarang transaksi secara atas talian dengan lebih mudah. Sesi ini telah diadakan selama 1 jam dari pukul 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: