Kelas Microsoft Office Word
15 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 14 April 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara individu. Kelas ini diadakan diatas permintaan peserta sendiri untuk menyiapkan tugasan serta mempelajari menggunakan Microsoft Word. Peserta telah diberi tunjuk ajar menggunakan butang pada ribbon yang terdapat pada Microsoft Word. Kelas ini turut menerapkan pembelajaran secara kendiri iaitu peserta membuat tugasan yang diberikan dengan mempraktikkan latihan yang telah diberikan sebelum ini. Peserta turut diberikan tunjuk ajar cara menyimpan dokumen dan mencetaknya. Kelas ini berjalan dengan lancar yang berlangsung selama tiga (3) jam iaitu bermula pada jam 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: