Streamyard Live : Bual Bicara - KISWA apa tu?

22 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan program bual bicara secara langsung menggunakan platform Streamyard Live dengan tajuk KISWA, apa tu?. Dalam program ini, moderator telah menjemput wakil dari Jabatan Agama Islam Bahagian Betong iaitu Encik Mohd Rezuan Bin Zulkipli selaku Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Bahagian Betong. Program bual bicara ini telah membincangkan sedikit sebanyak tentang perkahwinan dan juga Portal KISWA. Tetamu jemputan juga telah berkongsi tips dan cara untuk menggunakan Portal KISWA untuk tujuan tertentu. Program telah berlangsung pada pukul 2:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali