Kelas Asas Website Individu

6 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Februari 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas website. Kelas ini diadakan bagi memenuhi permintaa peserta yang ingin mengisi keperluan sekolah peserta sendiri yang sedang berada di Tingkatan 4 serta merupakan pelajar di sekolah SMK Petra Jaya. Peserta diperkenalkan dengan asas website dan fungsi website berkenaan. Peserta turut diberi tunjuk ajar untuk mengisi borang yang terdapat pada website berkenaan.

Ini bagi memudahkan peserta untuk memenuhi kriteria permohonan memulakan persekolahan yang diadakan secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sebagai alternatif pembelajaran norma baharu bagi mengurangkan penularan virus COVID-19. Selepas pendaftararan berikut, peserta diberikan tips untuk menyemak semula website berkenaan dan memuat turun sebarang dokumen berkaitan serta mencetak dokumen jika perlu. Kelas berjalan dengan baik dan berlangsung selama dua (2) jam iaitu bermula 5:00 petang hingga 7:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali