Zoom Online - Kelas Suntingan Video Vlog

25 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Mac 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom untuk Kelas Suntingan Video Vlog atas permintaan peserta. Dalam kelas ini, peserta digalakkan untuk menggunakan aplikasi Filmora untuk menyunting video kerana aplikasi tersebut lebih senang untuk difahami terutama untuk pelajar tahap sekolah menengah.

Peserta telah diberi tunjuk ajar tentang fungsi green screen yang boleh didapati dalam capaian internet Google. Peserta juga diberi tunjuk ajar untuk mencari beberapa template mengikut kesesuaian video yang akan disunting melalui platform youtube. Di samping itu peserta juga diberi beberapa tip dalam menggunakan audio atau muzik latar belakang bersesuaian dengan video. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam dari 2:30 petang hingga 4:30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali