Tutorial Asas Penyuntingan Video Canva

9 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Ogos 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah memuatnaik video tutorial asas penyuntingan video Canva secara atas talian melalui platform Facebook. Dalam video tersebut, staf PIK telah memberi tunjuk ajar untuk menyunting video bertemakan Covid-19 secara ringkas. Dalam suntingan video, staf PIK juga telah memberi pendedahan tentang beberapa template yang sedia ada di dalam aplikasi Canva yang boleh digunakan secara percuma. Selain itu, video tersebut juga telah memberi tunjuk ajar dalam mencari gambar atau grafik yang bersesuaian dengan tema video tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali