Personal Kelas Bimbingan SKM PPT

25 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 24 November 2021, Pusat Ekonomi Digital PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan Personal Kelas Bimbingan SKM PPT yang melibatkan 10 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Untuk kelas ini, peserta dibimbing untuk menggunakan sistem MYSpike, dan segala maklumat yang mereka isi ke dalam sistem akan disemak oleh pengajar yang berpengalaman dan langkah demi langkah telah diajar untuk mereka lengkapkan segala dokumen sebelum Tarikh akhir permohonan. Tenaga pengajar juga akan memantau setiap peserta untuk mereka menyiapkan poftfolio masing-masing dan dicetak untuk disemak oleh pengajar. Sesi ini telah diadakan selama 3 jam dari pukul 2:00 petang hingga 5:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali