Streamyard Live - Bual Bicara : Pendaftaran Vaksin

20 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan program bual bicara secara langsung menggunakan platform Streamyard Live berkolaborasi dengan PIK Kampung Pandan. Dalam sesi bual bicara ini, staf yang bertugas sebagai moderator program tersebut telah berkongsi maklumat berkenaan dengan pendaftaran vaksin. Selain itu, penonton juga diberi pendedahan tentang kebaikan mengambil suntikan vaksin pada musim Pandemik Covid-19. Penonton juga diberi tunjuk ajar dalam mendaftarkan diri untuk menerima suntikan vaksin menggunakan aplikasi MySejahtera. Program bual bicara tersebut berlangsung pada pukul 10:00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali