Zoom Online - Kelas Tutorial PDF Converter Individu
5 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPada 4 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian menggunakan platform Zoom Meeting. Kelas ini dijalankan atas permintaan peserta bagi membantu peserta dalam menyelesaikan tugasan harian. Peserta diberi tunjuk ajar dalam menukar format dokumen seperti PDF ke format lain-lain sebagai contoh JPEG atau Word untuk kegunaan tertentu. Peserta diberi beberapa tutorial menggunakan aplikasi “ILOVEPDF.com” sebagai platform penukaran yang mudah dan percuma. Kelas hanya berlangsung selama satu jam sahaja iaitu dari pukul 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: