Zoom ICT Personal Class – Adobe Lightroom

12 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 11 September 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas ICT atas talian secara individu menggunakan aplikasi Zoom Meeting. Kelas tersebut diadakan atas permintaan peserta untuk mempelajari asas menggunakan Adobe Lightroom. Peserta telah diberi tunjuk ajar untuk menyunting gambar secara ringkas menggunakan aplikasi tersebut. Selain itu juga peserta telah diberi penerangan tentang beberapa fungsi setiap button dalam aplikasi tersebut. Peserta juga didedahkan dengan tip-tip menyunting gambar mengikut kreativiti masing-masing. Kelas telah berlangsung selama 1 jam dari pukul 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali