Bual Bicara Kemudahan Pusat Internet Komuniti Di Sarawak

27 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah berkolaborasi dengan PIK RPR Bandar Baru Permyjaya dalam program bual bicara bertajuk Kemudahan Pusat Internet Komuniti di Sarawak. Dalam program ini, kedua moderator yang mewakili PIK masing-masing telah berkongsi kemudahan yang terdapat di PIK masing-masing. Selain itu juga, penonton diberikan serba sedikit informasi tentang fungsi Pusat Internet Komunit kepada orang awam dan juga fasiliti yang disediakan oleh Pusat Internet Komuniti. Dalam program ini juga, moderator mewar-warkan kepada penduduk setempat tentang kelebihan dan manfaat Pusat Internet Komuniti kepada orang ramai termasuk berkongsi beberapa maklumat tentang kelas-kelas ICT yang akan dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali