Zoom Online - Kelas Multimedia Fotor

24 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Mac 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom untuk Kelas Multimedia Fotor. Dalam kelas ini, peserta telah didedahkan dengan penggunaan aplikasi atas talian iaitu Fotor.com. Aplikasi ini adalah aplikasi ringkas yang membantu peserta untuk menyunting gambar mengikut kreativiti sendiri. Peserta telah diberi pengenalan tentang fungsi aplikasi Fotor ini termasuk tip-tip menyunting gambar untuk mendapatkan kualiti yang lebih menarik. Peserta juga telah diberikan tugasan untuk menyunting beberapa foto mengikut kreativiti tersendiri. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam dari pukul 2.30 petang hingga 4:30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali