Kelas Asas Multimedia

12 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 11 April 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas multimedia menggunakan aplikasi Canva. Kelas ini dihadiri oleh dua org peserta yang ingin membuat lakaran poster dan promosi berkaitan produk mereka. Kelas ini diadakan bagi membantu peserta dalam merekacipta poster atau iklan mudah untuk memasarkan produk jualan mereka. Peserta diberikan pendedahan mudah berkenaan dengan cara penggunaan serta kelebihan menggunakan aplikasi Canva ini. Selain itu, peserta juga ditunjuk ajar untuk menyimpan poster iklan atau dokumen yang telah disiapkan ke dalam fail. Kelas berjalan dengan lancar selama tiga (3) jam iaitu pada jam 2:00 petang hingga 5:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali