Zoom Online – Short Session Klik Dengan Bijak

26 October 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 25 October 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan sesi ringkas Klik dengan Bijak. Sesi ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom Meeting. Dalam sesi ini, peserta telah diberi pendedahan tentang keselamatan internet dan penggunaan internet secara bijak dan berhemah. Peserta juga didedahkan dengan beberapa etika ketika melayari internet, adab ketika berkomunikasi di internet dan juga menggunakan platform media sosial secara positif. Sesi ini berlangsung selama 1 jam dari pukul 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali