Taklimat Klik Dengan Bijak dan Advokasi
28 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 27 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan mini taklimat klik dengan bijak dan advokasi bersama-sama pelajar sekolah rendah. Taklimat ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta yang datang ke pusat internet komuniti. Di samping itu, taklimat ini juga memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan penggunaan internet. Selain itu, turut didedahkan dengan kempen kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong. Kempen ini menekankan penyebaran berita palsu dan mencari alternatif untuk mencari pengesahan berita dengan pengenalan website sebenarnya.my. Taklimat ini telah berlangsung selama satu (1) jam dari jam 9:00 pagi hingga 10:00 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: