(Zoom Online) Pengenalan Asas Aplikasi Canva

4 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian iaitu memperkenalkan asas aplikasi Canva. Melalui perkongsian ini, peserta diperkenalkan beberapa ciri-ciri cara penggunaan Canva selain memperkenalkan beberapa latar belakang Canva itu sendiri. Peserta diberikan tunjuk ajar cara mendaftar akaun percuma yang telah disediakan di laman sesawang Canva. Selain itu, peserta diberikan penerangan kegunaan-kegunaan templat yang terdapat pada Canva. Akhir sekali, peserta diberikan tunjuk ajar cara memuat turun rekaan templat yang telah dilakukan sepanjang kelas berlangsung. Kelas berlangsung selama satu jam iaitu bermula pada jam 11:30 pagi hingga 12:30 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali