Zoom Meeting - Slot Bual Bicara Perkongsian Berkaitan Keselamatan Internet

25 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan program bual bicara menggunakan platform Zoom Meeting berkolaborasi dengan PIK PIK Sibujaya, PIK Seduan Rantau Panjang, PIK Stungkor Baru, PIK Tanjung Manis dan PIK Kpg. Pandan. Dalam program ini setiap moderator berkongsikan maklumat berkenaan dengan Keselamatan Internet. Penonton juga diberi pendedahan tentang keburukan dalam menggunakan Internet seperti maklumat palsu dan oversharing. Selain itu, moderator juga menerangkan sedikit sebanyak isu seperti buli siber dan sexting yang berlaku terutama di media sosial. Penonton juga diberi pendedahan tentang bahaya panggilan palsu yang sering terjadi terutama di kalangan penduduk setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali