Tutorial Ringkas - Google Form

23 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah memuatnaik video tutorial ringkas menggunakan aplikasi Google Form. Dalam video berdurasi 3:12 minit ini telah dikongsikan cara-cara ringkas membuat borang secara atas talian. Penonton juga diberi tunjuk ajar tentang beberapa aturan menggunakan Google Form termasuk fungsi memasukkan soalan ke dalam borang tersebut dan juga cara untuk menghasilkan pautan URL dari borang tersebut untuk tujuan digunakan untuk mendapatkan data.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali