Zoom Online Meeting – Google Drive Tips and Tricks

23 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 September 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Zoom Online Meeting. Kelas ini diadakan bertujuan untuk berkongsi dengan peserta bagaimana cara-cara mudah atau “tricks” yang boleh digunakan di dalam Google Drive untuk memudahkan mereka mengendalikan akaun Google Drive mereka dengan lebih baik dan teratur. Beberapa strategi mudah di dalam Google Drive diterangkan langkah demi langkah untuk mereka gunakan sepenuhnya di dalam akaun Google Drive mereka. Kelas ini mengambil masa selama 1 jam bermula dari pukul 2.30 petang sehingga 3.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali