Hebahan Kempen Kebebasan Bersuara bukan Kebebasan Berbohong
3 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniHebahan ini dilakukan melalui beberapa perkongsian di medium media sosial seperti Facebook page, akaun Instagram, laman Whatsapp Group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas. Objektif hebahan ini juga adalah untuk mendedahkan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Oleh itu, berikut merupakan keterangan yang boleh dijadikan panduan bagi mengetahui sedikit informasi berkenaan dengan hebahan kempen kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong. Hak kebebasan bersuara adalah hak kita sebagai rakyat Malaysia. Bagi menjaga keharmonian negara, gunakan hak anda dengan lebih bertanggungjawab.
Berikut merupakan lima (5) garis panduan dalam menggunakan hak kebebasan bersuara:-
- Beringat bila bercakap - Berwaspada dalam pertuturan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
- Bercakap benar - Anda bebsa meluahkan pandangan asalkan ia tidak berdasarkan fitnah atau maklumat yang tidak benar.
- Bijak menilai - Fikir dahulu sebelum berkata-kata agar tiada penyesalan di kemudian hari.
- Luahkan pendapat berdasarkan fakta - Sahkan fakta sebelum berkongsi, bagi mengelakkan penyebaran sesuatu yang tidak benar.
- Beri pandangan tanpa menyebarkan kebencian - Elakkan pertuturan kebencian dalam apa jua keadaan walaupun tidak bersetuju dengan sesuatu pendapat.
SUMBER: Portal Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
#kebebasanbersuara
#bukankebebasanbebohong
#tidakpastijangankongsi
#klikdenganbijak
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: