Hebahan Kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong

18 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Hebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas. Objektif kempen ini adalah untuk mempromosikan nilai-nilai positif yang harus diamalkan oleh pengguna internet terutamanya memberi fokus impak berita palsu kepada masyarakat seperti ‘bercakap benar’, ‘bijak menilai’, dan ‘beringat bila bercakap’.

Mesej utama adalah untuk mendidik masyarakat untuk jangan berkongsi pembohongan, mempromosikan portal sebenarnya.my dan mengingatkan kepada rakyat Malaysia bahawa membuat dan menyebarkan kandungan palsu atau tidak benar adalah tingkah laku jelik yang tidak boleh diterima. Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab. Amalkan prinsip Rukun Negara ketika berinteraksi.

Tema/Slogan Kempen

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali