(Zoom Online) Asas Microsoft Excel Carta Pai
11 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 10 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian. Kelas ini menggunakan Microsoft office iaitu Excel. Peserta diajarkan cara menggunakan Microsoft Excel untuk menjana carta pai. Pertama, peserta diberikan tugasan untuk memasukkan data seperti tugasan yang telah diberikan. Selepas itu, peserta ditunjuk ajar menggunakan kotak-kotak “cell” mengikut keluasan dan panjang yang dikehendaki. Peserta turut diajarkan cara menggunakan formula untuk mendapat jumlah yang tepat dan cepat. Tambahan lagi, peserta juga didedahkan dengan beberapa Teknik formula menggunakan ribbon pada Excel bagi memudahkan peserta mencari maklumat yang dikehendaki dengan cepat tanpa mengira dengan satu persatu. Akhir sekali, peserta ditunjuk ajar menggunakan carta yang terdapat pada Excel, dan kali ini menggunakan carta pai. Kelas berlangsung selama dua (2) jam iaitu bermula pada jam 9:30 pagi hingga 11:30 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: