Zoom Meeting – Date and Time Function in Microsoft Excel

28 October 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Oktober 2021, Rabu, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi mengadakan kelas secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom Meeting. Kelas ini diadakan bertujuan untuk berkongsi ilmu berkaitan fungsi dan penggunaan tarikh dan masa di dalam Microsoft Excel, di mana beberapa fungsi boleh dihasilkan untuk mendapatkan tarikh dan masa yang diinginkan, serta fungsi-fungsi “shortcuts” yang boleh memudahkan pengguna mendapatkan Tarikh dan masa dengan cepat dan pantas. Penerangan dimulakan dengan menjelaskan kegunaan dan fungsi ‘time’ and ‘date’ ini kepada peserta. Seterusnya langkah demi langkah, dan setiap fungsi dibina untuk memudahkan peserta memahami kegunaan setiap fungsi yang ditunjukkan. Kelas ini mengambil masa selama 1 jam bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali