Zoom Online - Kelas Suntingan Video Pendek Individu

21 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Mac 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian menggunakan aplikasi Zoon untuk kelas suntingan video pendek individu atas permintaan peserta. Peserta merupakan pelajar Tingkatan 3. Peserta diberikan tugasan oleh guru sekolah untuk menyertai Pertandingan Video Pendek bertemakan Perpaduan Malaysia.

Dalam kelas ini, peserta telah diberi tunjuk ajar menggunakan aplikasi Filmora untuk menyunting video pendek yang berdurasi maksima 3 minit sahaja. Peserta telah diberi tunjuk ajar tentang beberapa fungsi aplikasi yang terdapat dalam Filmora termasuk cara untuk memuatnaik beberapa video dan grafik, muzik latar belakang, tip-tip dalam memasukkan elemen “Transition”, “Filter” dan “Overlay” untuk video tersebut. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam dari pukul 2:30 petang hingga 4:30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali