Kelas e-Learning Bahasa Melayu
12 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 11 April 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas e-pembelajaran. Kelas ini diadakan bagi memenuhi permintaan peserta yang telah datang membuat temujanji di PIK. Sebelum itu, peserta diberikan pendedahan oleh staf yang bertugas mengenai format terbaru Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.
Format ini boleh didapati di laman sesawang rasmi di Kementerian Pendidikan Malaysia serta pelbagai blog dan sumber yang disediakan oleh para guru di seluruh Malaysia. Peserta turut melakukan latihan yang disediakan di laman sesawang sambil dibimbing oleh staf bertugas. Peserta turut ditunjuk ajar menggunakan Microsoft Word untuk menyiapkan tugasan di samping cara mengira patah perkataan menggunakan butang pada Word. Kelas berjalan dengan lancar selama tiga (3) jam iaitu mula pada jam 9:30 pagi hingga 12:30 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: