Zoom Meeting – Create Quizzes in Google Classroom

30 October 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Zoom Online Meeting. Kelas ini diadakan bertujuan untuk berkongsi dengan peserta bagaimana cara-cara mudah untuk menghasilkan soalan kuiz menggunakan Google Classroom. Penerangan dimulakan dengan cara untuk mendaftar alamat email untuk membolehkan mereka masuk ke ruangan Google Classroom dan seterusnya langkah untuk menghasilkan soalan kuiz mengikut ciri-ciri yang telah disediakan di dalam Google Classroom tersebut. Kelas ini mengambil masa selama 1 jam bermula dari pukul 3.30 petang sehingga 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali