Tutorial Membuat Cover Letter
8 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada 7 Ogos 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah memuatnaik video tutorial secara atas talian berkenaan dengan tip-tip membuat “Cover Letter” melalui platform median social iaitu Facebook. Dalam video ini, staf PIK telah berkongsi format yang betul dalam pembuatan surat rasmi yang digunakan untuk memohon pekerjaan. Aplikasi Microsoft Word digunakan kerana aplikasi tersebut adalah aplikasi asas untuk menyediakan dokumen atau pelbagai surat rasmi. Staf PIK juga turut mempromosikan kelas ICT yang dijalankan secara atas talian bagi membantu komuniti di sekitar yang ingin mempelajari kemahiran ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: