Zoom Online – VLOOKUP Function in Microsoft Excel for Beginner

9 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 8 September 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom Meeting. Kelas tersebut diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajari secara ringkas kegunaan fungsi VLOOKUP di dalam Microsoft Excel. Kelas dimulakan dengan penerangan tentang maksud dan fungsi VLOOKUP di dalam Microsoft Excel dan ciri-ciri data yang sesuai digunakan untuk fungsi tersebut. Peserta telah disediakan dengan data sampel untuk digunakan bersama ketika kelas diadakan. Dengan data sampel tersebut, peserta boleh meggunakan data tersebut untuk mencuba sendiri fungsi VLOOKUP di dalam Microsoft Excel mereka. Kelas ini telah berlangsung selama 1 jam dari pukul 2.30 petang hingga 3.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali