Zoom Online – Kelas ICT Individu Canva
9 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 8 November 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Zoom Online Meeting. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta dalam menyiapkan tugasan menggunakan aplikasi Canva. Dalam sesi ini, peserta telah diberi tunjuk ajar dalam menghasilkan muka hadapan buku harian sekolah. Peserta diberi pendedahan tentang tip untuk melakar reka bentuk muka hadapan buku terlebih dahulu. Setelah itu, peserta diberi tugasan untuk menyiapkan muka hadapan buku harian sekolah mengikut kreativiti tersendiri. Kelas tersebut telah berlangsung selama 2 jam dari pukul 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: