(Zoom Online) Pengenalan Aplikasi Sarawak Pay

8 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan perkongsian secara atas talian bagi memberikan pendedahan kepada peserta berkenaan kewujudan aplikasi Sarawak Pay terutama kepada pengguna dan usahawan atau penjual. Kelas ini bagi berkongsi kelebihan dan cara penggunaan aplikasi Sarawak Pay bagi membuka ruang kepada pembeli dan penjual untuk melakukan transaksi secara atas talian di samping dapat menerapkan norma baharu bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19 ini. Peserta diajarkan cara-cara mendaftar akaun peribadi bagi serta memuat naik maklumat perbankan ke dalam aplikasi ini sekiranya peserta ingin menambah jumlah pendapatan ke dalam akaun Sarawak Pay mereka. Kelas ini berlangsung selama satu (1) jam bermula jam 3:00 petang hingga 4:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali