Zoom Online - Kelas Asas Aplikasi Kahoot

9 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom Meeting iaitu kelas asas aplikasi Kahoot. Kelas ini diadakan secara individu atas permintaan peserta yang merupakan guru kafa sekolah rendah. Dalam kelas ini, peserta telah diberi panduan asas tentang fungsi dan penggunaan aplikasi Kahoot. Peserta diberi tunjuk ajar untuk mendaftar akaun Kahoot terlebih dahulu bagi memudahkan penggunaan pada masa akan datang. Setelah selesai pendaftaran akaun, peserta diberi tunjuk ajar tentang penggunaan template yang bersesuaian dengan tugasan yang akan diberikan kepada pelajar. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam iaitu dari pukul 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali